Serangan udara Israel: 70 penduduk Palestin di kem pelarian terkorban

25 Dec 2023 • 9:05 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 70 rakyat Palestin terkorban dalam serangan udara rejim Zionis di sebuah kem pelarian dekat sini lewat malam tadi.

AFP memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan, kejadian berlaku di kem pelarian Maghazi dan jumlah korban dijangka meningkat.

Jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra berkata, berlaku pembunuhan beramai-ramai di kem Maghazi, sebuah kem yang sesak dan padat dengan pelarian Palestin.

Dalam pada itu, Hamas menyifatkan serangan itu sebagai jenayah perang baharu.

Hamas turut menggesa siasatan antarabangsa dilakukan terhadap pembunuhan berterusan penduduk Palestin oleh tentera Israel.

Terdahulu Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan, 10 ahli keluarga terkorban dalam serangan Zionis di kem Jabalia di utara Gaza. - 25 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved