Serangan udara israel di Gaza, tiga pimpinan Jihad Islam terkorban

9 May 2023 • 12:21 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

GAZA: Tentera zionis israel membunuh 3 orang pimpinan utama Jihad Islami dalam serangan udara Gaza, ketika mereka menjalankan operasi terhadap kumpulan itu sebelum subuh pada hari Selasa, lapor pegawai Palestin.

Tentera israel dalam kenyataannya mengaku kononnya menyasarkan tiga komander kanan Jihad Islam, kumpulan bersenjata ke-2 paling berkuasa di kawasan pesisir pantai yang dikuasai Hamas namun dalam masa sama membunuh 3 orang kanak-kanak dalam kerakusan itu.

Antara tiga pemimpin yang terkorban itu dikenali sebagai Tariq Ezz El-Din, bekas tahanan penjara israel yang dibuang negeri ke Gaza dan menjadi penggerak operasi mujahdin Jihad Islami di Tebing Barat.

image is not availableKhalil Al-Bahtini seorang komander Jihad Islami di utara Gaza, bertanggungjawab melepaskan roket ke atas israel bulan lalu dan juga memimpin jihad Ghannam iaitu sebagai Setiausaha Agung Saraya Al-Quds, cabang bersenjata Jihad Islami.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melaporkan angka korban terkini adalah seramai 12 syuhada’ manakala 20 lagi cedera.

Turut sama terkorban adalah dua kanak-kanak dan seorang bayi, anak kepada pimpinan Jihad Islami, Tariq Ezz El-Din.

image is not available

Serangan udara itu serupa dengan serangan pada tahun 2022 di mana israel mengebom tempat kediaman komander kumpulan Jihad Islam, mencetuskan serangan 3 hari yang menyebabkan kumpulan itu kehilangan dua komander tertingginya dan berpuluh-puluh tentera lain.

Setakat ini, 105 umat Islam Palestin telah terbunuh dalam tembakan israel di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis sejak awal 2023, menurut pengiraan media Associated Press.

Rakyat Malaysia yang menetap di Gaza, Nadir Al-Nuri dalam perkembangan terkini melaporkan suasana masih genting di sana serta kemungkinan berlaku serangan balas adalah tinggi.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini