Serangan Udara Israel Ragut Empat Nyawa di Hospital Nasser, Khan Younis

12 Nov 2026 • 8:23 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Serangan Udara Israel Ragut Empat Nyawa di Hospital Nasser, Khan Younis

Sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin maut apabila serangan udara Israel membedil Kompleks Perubatan Nasser di selatan Gaza pada awal pagi Khamis, menurut kenyataan jurucakap Pertahanan Awam, Mahmoud Basal.

Serangan tersebut menyasarkan tingkat dua bangunan Al-Yasin di dalam kompleks hospital yang terletak di barat Khan Younis itu. Pengarah hospital mengesahkan bahawa bedilan tersebut telah menyebabkan kerosakan teruk kepada wad rawatan rapi (ICU) serta wad pembedahan, sekali gus menjejaskan operasi menyelamat pesakit.

Tragedi ini menyusul selepas siri serangan pada hari Rabu yang mengorbankan lima rakyat Palestin di Bandar Gaza dan kem pelarian Bureij, serta satu lagi kematian akibat kecederaan terdahulu pada Selasa.

Insiden ini terus mendedahkan pelanggaran berterusan Israel terhadap perjanjian gencatan senjata yang telah dimeterai pada 10 Oktober 2025. Menurut rekod, pelanggaran tersebut sahaja telah mengorbankan sekurang-kurangnya 1,622 rakyat Palestin dan mencederakan 5,878 yang lain. Secara keseluruhan sejak konflik meletus pada Oktober 2023, perang di Gaza telah mengorbankan lebih 74,600 jiwa dan mencederakan hampir 176,000 yang lain, kebanyakannya golongan wanita dan kanak-kanak, selain memusnahkan hampir 90 peratus daripada infrastruktur wilayah tersebut.

Sumber Maklumat: Anadolu Agency (AA)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved