Serba boleh! Lepas Menteri, DJ & YouTuber, Khairy Jamaluddin jadi model pula, warganet puji kacak & segak

23 Feb 2024 • 7:33 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SELEPAS menjadi penyampai radio, mantan Menteri Kesihatan dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ mengembangkan bakatnya menjadi model pula.

Menggayakan baju Melayu pelbagai warna untuk koleksi hari raya, figura berusia 48 tahun itu mencuri perhatian warga maya menerusi video yang dimuat naik jurusolek Tiar Zainal.

Didandan oleh jururias dan sesekali penampilan Khairy mendapat sentuhan ‘touch up’ daripada Tiar Zainal.

image is not available

Berketinggian 1.82 meter, Khairy yang terkenal dengan imej tall, dark and handsome suatu ketika dahulu dipuji segak serta bijak menggayakan pelbagai pose di hadapan lensa.

Warga maya memuji ketampanan bapa kepada tiga cahaya mata itu dan keberaniannya mencuba bakat dalam pelbagai bidang.

– “Talented sungguh Cik Abang sorang ni. Sekejap menteri, sekejap sportsman dan DJ. Moga sihat dan bahagia selalu ya KJ.”

– “Jadi model pulak, serba boleh.”

– “Handsome KJ.”

– “Sentiasa kacak! Jangan serius sangat YB, senyum sikit.”

image is not available

Selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15, Khairy terdahulu menerima tawaran dari stesen radio Hot FM sebagai penyampai radio pada Februari 2023.

Tidak hanya itu, beliau juga mengendali saluran YouTube Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan yang memaparkan perbincangan berkaitan isu politik dan semasa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!