Serf2023 dapat sambutan positif masyarakat

27 Dec 2023 • 2:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAMPARULI: Festival Muzik Rock x Etnik Sabah (Serf) 2023 yang julung kali diadakan mendapat sambutan positif daripada orang ramai.

Pengurus Majlis Sofia Khan berkata acara dua hari itu diadakan di Bijan Café and Guesthouse, di sini, bermula 22 Dis.

Katanya, program tersebut bertujuan mencipta pengalaman yang akan terus diingati buat pengunjung menikmati suasana “Rasa Sabah, Borneo Utara” dan keramahan Sabah.

“Selain itu, acara tersebut bertujuan meraikan kepelbagaian rakyat, budaya dan warisan Sabah,” katanya.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Tahun ini, menurutnya, Serf2023 bekerjasama dengan Sekolah Adat Anak Negeri Sabah untuk menjayakan acara ini.

Sekolah Adat Anak Negeri dimulakan oleh organisasi bukan kerajaan Persatuan Pengamal Adat (Sunduan Nabalu) pada 2019.

“Kutipan daripada jualan tiket akan didermakan kepada sekolah tersebut bagi membantu kemajuannya.”

Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk festival ini. Antaranya cabutan bertuah, permainan, gerai julan dan persembahan daripada kumpulan-kumpulan tempatan.

Antara kumpulan yang membuat persembahan ialah Asarock, Groov dan The Onath.

Sementara itu, Presiden Sunduan Nabalu Shalmon Sanangan berkata mereka belum menerima sebarang bantuan kewangan bagi mewujudkan Sekolah Adat Anak Negeri Sabah di daerah-daerah.

“Kami ada sekitar 400 ahli di seluruh Sabah, dan sekiranya kami mahu mengadakan sebarang program, kami akan mengumpul dana daripada ahli bagi menampung kosnya,” katanya.

“Serf2023 merupakan acara pertama yang membantu kami dalam mengumpul dana,” katanya.

Katanya, objektif utama sekolah tersebut ialah menyediakan tempat untuk mempelajari adat-adat orang asal di Sabah.

“Sehingga kini, kami ada tujuh sekolah adat di Sabah. Antaranya di Tuaran, Sepanggar, Tawau dan Kota Marudu.

“Maklum balas daripada masyarakat agak baik. Mereka mengambil inisiatif untuk membina sekolah adat mereka.

“Untuk menubuhkan sebuah sekolah adat, purata kosnya ialah sekitar RM10,000.”

Katanya, proses melatih guru untuk sekolah-sekolah tersebut sedang berjalan di pusat latihan guru adat di Tuaran.

“Di pusat tersebut, setiap kumpulan etnik akan menghantar wakil mereka untuk berlatih berdasarkan kaedah kami.

“Mereka kemudiannya akan kembali ke kawasan masing-masing bagi mewujudkan sekolah adat.

“Silabus kami ialah menyeragamkan 19 mata pelajaran, meliputi antaranya bahasan ibunda, adat, muzik, tarian dan makanan.

“Bagaimanapun, kandungan subjek akan berbeza bergantung kepada kumpulan etnik,” katanya.

Katanya Sunduan Nabalu mensasarkan hasil jangka panjang untuk inisiatif sekolah adat.

“Pertama sekali, kami mahu mendidik masyarakat tentang identiti kaum mereka agar ia tidak hilang.

“Kedua, mereka yang memiliki pengetahuan tentang adat boleh memohon pekerjaan di Mahkamah-Mahkamah Anak Negeri.

“Kami mensasarkan untuk melahirkan hakim-hakim Mahkamah Anak Negeri yang berdaya saing,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article