Serigala Yang Pupus 12,500 Tahun Lalu Berjaya Dikembalikan Semula

WorldTechnologyDigitalSpace
8 Apr 2025 • 9:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Yang pergi selalunya tidak akan kembali. Tetapi bagi spesis serigala dire wolf yang pupus 12,500 tahun lalu, ia kini kembali wujud menerusi usaha saintis di Colossal Biosciences. Tiga dire wolf berjaya dihasilkan diberikan nama Remus, Romulus dan Khaleesi. Remus dan Romulus dilahirkan pada 1 Oktober 2024 dengan kedua-duanya adalah jantan. Sementara itu dire wolf betina Khalessi pula dilahirkan pada 30 Januari 2025.

image is not available

Pasukan saintis di Colossal mengambil DNA daripada gigi spesimen berusia 13,000 tahun dan juga daripada tengkorak berusia 72,000 tahun. Kemudian 20 suntingan dilakukan kepada DNA serigala kelabu moden supaya ia menyamai DNA dire wolf. Sel somatik yang terhasil seterusnya dipindahkan ke dalam telur serigala dan embrio terhasil dimasukkan ke dalam serigala betina. Teknik yang digunakan Colossal untuk membuntingkan serigala moden ialah sama seperti yang dilakukan untuk mengklon kambing biri-biri Dolly pada tahun 1996.

image is not available

Ini adalah kejayaan kedua pasukan Colossal yang beberapa minggu lalu menghasilkan tikus dengan bulu gajah mamot juga menerusi teknik suntingan DNA. Kejayaan nyah-pupus dire wolf ini akan menjadi asas kepada Colossal untuk mengembalikan semula gajah mamot, burung dodo dan harimau Tasmania yang telah pupus.