Serina Redzuawan Akui Selesa Hidup Sederhana, Suami Setia & Bertanggungjawab – “Dia Terima Diri Ini Ketika Aku Dalam Kesedihan”

4 Jun 2024 • 4:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Serina Redzuawan meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang setia bersamanya di dalam susah dan senang.

Anak kepada Chef Wan itu turut berterima kasih kepada suaminya, Meor Muhammad Aidid atas percutian dan pemberian cincin sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.

 

Suami hadir ketika dalam kesedihan

Luah Serina di Instagram story, suaminya hadir ketika dia tiada tempat bergantung dan kini usia perkahwinan mereka sudah tiga tahun.

Banyak ujian. Fitnah dan tohmahan tapi saya dan suami terima dengan reda dan sabar. Terima kasih suamiku sudi menerima diri ini ketika aku dalam kesedihan dan hidup kosong tanpa tempat bergantung harap dan bermanja.

image is not available

 

Selesa hidup sederhana, suami bertanggungjawab

Tambah Serina, meskipun bergelar artis dia selesa hidup serba sederhana selepas mendirikan rumah tangga bersama Meor.

Kami disatukan atas takdir Allah. Bayangkan, Serina artis dan suami polis di Perlis. Memang tak masuk akal boleh berkenalan dan ditakdirkan berkahwin. Tapi itulah keajaiban, Kun Fa Ya Kun.

Hidup bersederhana bersama suami, walaupun dia penjawat awam saya sentiasa bersyukur, dia bertanggungjawab pada rumah tangga.

image is not available 4 months ago

"Mahu Jalani Hidup Sederhana.." - Jual Rumah Banglo Yang Didiami Keluarga, Ini Penjelasan Shila Amzah