Sering Ambil Berat Masalah Rakyat, Sultan Ibrahim Tinjau Bandar, Kampung Naik Skuter

31 Jan 2024 • 4:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sering Ambil Berat Masalah Rakyat, Sultan Ibrahim Tinjau Bandar, Kampung Naik Skuter

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 secara rasmi dalam lingkungan 11.20 pagi tadi.

Raut wajah baginda menggambarkan dirinya yang berperwatakan tegas dalam pentadbirannya namun pada masa yang sama, Sultan Ibrahim sangat mengambil berat hal ehwal rakyat di negeri harimau Selatan.

Baginda sentiasa mengambil berat terhadap masalah dan kemelut yang dihadapi semua rakyat di negeri naungannya, lapor Sinar Hairan.

Sifat keprihatinan Sultan Ibrahim ini menjadi satu keisitimewaan sekali gus kekuatan yang menyatukan golongan istana dengan rakyat Johor, menurut Bekas Pegawai Daerah Pontian, Datuk On Jabbar.

Menurutnya, titik peluh baginda untuk menjaga kebajikan kepentingan rakyat dapat dilihat menerusi kepelbagaian inisiatif.

image is not available
Kredit: Sinar Harian

Komitmen baginda dalam menjaga perihal rakyat di negeri naungannya kelihatan jelas menerusi Kembara Mahkota Johor (KMJ).

On yang kini merupakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) berkata, baginda suka melihat pemandangan kampung.

Oleh sebab itu, baginda lebih gemar untuk menggunakan jalan biasa berbanding lebuh raya untuk ke satu daerah termasuk ketika KMJ.

Ujar On yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Pontian selama setahun setengah, biasanya Sultan Ibrahim tidak akan memaklumkan keberangkatan baginda.

Sebaliknya, baginda akan datang ke lokasi yang ditujunya secara mengejut kerana dirinya lebih gemarkan suasana lawatan tidak formal.

“Sebagai Pegawai Daerah kena sentiasa bersedia menerima kunjungan Tuanku. Biasanya dalam perjalanan baru baginda maklumkan nak datang. Tuanku suka melawat tidak secara formal,” jelasnya.

Bangga dengan potensi perlancongan di Johor

Tambahnya, Sultan Ibrahim suka mempromosikan produk-produk pelancongan dan amat memberikan fokus terhadap kebersihan bandar Muar.

Muar atau nama rasminya, Bandar Maharani Bandar Diraja telah diisytiharkan sebagai bandar diraja pada 5 Februari 2012.

Demi menjaga imej bandar diraja, Sultan Ibrahim telah menaiki skuter elektrik untuk memantau kawasan tersebut dengan deria penglihatannya sendiri.

“Tuanku akan naik e-skuter (skuter elektrik) untuk memantau dan melihat sendiri tahap kebersihan antaranya di kawasan Tanjung Emas dan kawasan dalam bandar Muar. Baginda sangat mengambil berat dengan kebersihan,” katanya.

On mengimbas kembali satu pengalaman yang meninggalkan kenangan paling manis buat dirinya bersama figura tersebut.

Sultan Ibrahim dan Permaisuri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pernah mencemar duli hadir majlis perkahwinan anak sulungnya, Norshahira.

image is not available
Kredit: Sinar Harian

“Tuanku hadir bersama Permaisuri Johor. Ini satu sejarah dan kenangan buat keluarga saya,” ujarnya.

Sehubungan itu, On merafak sembah dan mengucapkan tahniah kepada Sultan Ibrahim yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 berkuat kuasa 31 Januari ini.

Lelaki berkenaan berharap kelebihan tersebut akan dapat memberikan manfaat kepada rakyat jelata di negeri naungannya iaitu, Johor.

Sumber: Sinar Harian