Sering Jadi Shortcut Haram, JKR Bertindak Pasang Simen Di Jalan Tun Razak Di Kuching

5 Oct 2022 • 2:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pihak JKR sering memasang balik penghadang setelah dirosakkan oleh pengguna jalan

Sering Jadi Shortcut Haram, JKR Bertindak Pasang Simen Di Jalan Tun Razak Di Kuching. Sebelum ini pernah tular satu kejadian yang mengilukan apabila sebuah motosikal dilanggar lari oleh lori di kawasan persiaran Jalan Tun Razak, Kuching.

Lori tersebut telah masuk lorong sebelah kanan secara haram jurang di antara penghadang plastik hingga menyebabkan penunggang motosikal mengalami kecederaan. Penghadang plastik ini ini sering dirosakkan oleh pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab.

image is not available
Sering Jadi Shortcut Haram, JKR Bertindak Pasang Simen Di Jalan Tun Razak Di Kuching. Sumber: FB Norman Bon

Akhirnya, pihak JKR memasang simen di kawasan tersebut

Terbaharu, telah dilaporkan bahawa jalan yang sering diguna untuk jadikan jalan pintas dari arah Jalan Chawan ke Jalan Kenyalang iaitu di kawasan The Spring Mall kini sudah dipasang simen untuk mengelakkan penghadang ini dirosakkan lagi.

https://www.facebook.com/SarawakRoadsUpdate/posts/pfbid01FScC422vkvdR1g2bhhYLrFjoi8KN5fsE5rkQZUR9pLUUHmcacLDt8Mp1JcwefH7l

Kawasan ini juga sering sesak kerana pemandu dari arah Jalan Chawan ini menggunakan jalan pintas haram dengan menyelit masuk di antara jurang penghadang. Hal ini menjadi satu kebimbangan oleh pengguna jalan lain.

image is not available

Harap pengguna jalan lain dapat mematuhi dan elak dari merosakkan penghadang yang telah dipasang oleh pihak JKR. Melainkan kalau korang nak try ke bulan, boleh la tryimage is not available

Maklumat tambahan, jika anda lihat pemandu lain langgar undang-undang jalan raya seperti langgar penghadang ini, boleh lapor kepada JPJ. Baca pautan di bawah: