Sering Luang Waktu Bersama, Lisa BP & Frédéric Arnault Dilihat Berseronok Di Kelab Malam

2 Oct 2023 • 1:23 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Nampaknya, Lisa semakin berani memaparkan hubungannya bersama CEO jenama jam tangan mewah TAG Heuer, Frédéric Arnault.

Baru-baru ini, Lisa BLACKPINK telah menamatkan persembahan selama 3 hari di kabaret Crazy Horse, Paris.

Selepas selesai persembahan terakhir, idola itu dilihat menghadiri sebuah parti bersama rakan-rakannya dan juga kekasih khabar anginnya, Frédéric Arnault.

Dalam beberapa video yang tular, Lisa dilihat duduk bersebelahan dengan lelaki itu dan wajahnya nampak tidak selesa kerana sedar bahawa dirinya sedang dirakam. Namun dalam video lain, Lisa nampak seronok menari dan menikmati waktu lapangnya di kelab malam.

Meninjau di ruangan komen, peminat menulis,

Semoga Lisa sentiasa bahagia dan berjaya selalu.

 

Mereka nampaknya dah tak kisah untuk memaparkan hubungan kepada umum.

 

Sebab tu Lisa nampak lebih bahagia sekarang.

 

Sudah beberapa kali mereka dilihat bersama. Saya tak rasa ini hanya khabar angin.

Sehingga kini, YG Entertainment masih memilih untuk berdiam diri mengenai pelbagai spekulasi yang dibuat mengenai Lisa dan Frédéric.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.