Seringkali Dikaitkan Memiliki Wajah Seiras, Akhirnya Song Hye Kyo Dan Han So Hee Digandingkan Bersama

Entertainment
17 Mar 2023 • 7:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Song Hye Kyo (kiri) dan Han So Hee - Gambar Instagram

Wajah dua aktres popular daripada Korea Selatan ini seringkali dibandingkan peminat kerana dikatakan seiras. Terbaharu, Song Hye Kyo dan Han So Hee bakal digandingkan bersama dalam sebuah drama.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram Story kedua-dua aktres berkenaan, mereka telah memuat naik  gambar berdua yang dipercayai promo pertama untuk drama terbaru lakonan mereka yang bertajuk 'The Price Of Confession'. 

image is not available
Song Hye Kyo (kiri) dan Han So Hee - Gambar Instagram

Dalam drama tersebut Song Hye Kyo bakal membawakan watak sebagai seorang guru seni yang terpalit dengan insiden pembunuhan, manakala Han So Hee pula membawakan watak wanita misteri. 

Han So Hee juga dilihat telah meninggalkan komen pada gambar terbaru Song Hye Kyo di Instagram dengan menulis kapsyen:  'now it's mine'.

Ketika ini, drama lakonan  Song Hye Kyo yang berjudul 'The Glory' sedang hangat ditayangkan di Netflix dan menjadi bualan hangat  peminat drama Korea di seluruh dunia.  

Han So Hee pula pernah meledak dengan drama fenomena 'The World Of The Married' pada tahun 2020 membawakan watak sebagai perampas suami orang.

Pastinya gandingan kedua-dua aktres popular yang memiliki wajah seiras ini dinanti-nantikan oleh peminat drama Korea. - Getaran, 17 Mac 2023

View Original Article