Serius Toyota Veloz Pilihan Terbaik Keluarga! Ini Dia Crossover Premium Pada Harga RM95k

Cars
9 Nov 2022 • 11:49 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Akhirnya UMW Toyota Motor dah bawa masuk kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Veloz di pasaran Malaysia gais. MPV terbaru ini merupakan sebuah crossover premium 7 tempat duduk yang lengkap dengan pelbagai features termaju tau. Ini baru betul kereta keluarga terbaik!

image is not available

Ruang dalaman selesa untuk seisi keluarga

image is not available

Bukan design luaran je nampak garang dan premium, Toyota Veloz ni juga hadir dengan keluasan dalaman lebih besar dengan susunan tempat duduk yang fleksibel demi keselesaan keluarga. Pergh! Kalau pergi ke destinasi yang jauh berbatu-batu pun tak jadi masalah, confirm rasa kejap jer perjalanan tu nanti.

image is not available

Boot MPV ni juga boleh muat sehingga 498L tau. Bukan tu jer, kalau ada barangan besar lain seberat 75kg dan kebawah, korang boleh bawa guna roof rail yang tersedia. Function gila! Dah terfikir nak balik kampung naik Veloz je ni, hehe.

image is not available

Enjin dengan prestasi cemerlang

image is not available

Dengan enjin 1.5L (2NR-VE) bersama transmisi CVT 7-kelajuan, Toyota Veloz ni dah cukup berkuasa kalau nak dapatkan pecutan lancar dengan kecekapan bahan api yang sangat baik. Dah boleh bayangkan betapa mudah dan gembiranya nanti setiap kali nak memulakan perjalanan bersama keluarga tercinta. Hiks!

Ciri keselamatan komprehensif

Bab keselamatan jangan lupa gais! Setiap kali nak menuju ke sesuatu destinasi dengan Veloz ni, korang tak perlu lagi risau sebab ia hadir dengan Toyota Safety Sense yang lengkap dengan Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Amaran Lorong Perlepasan (LDW), Pencegahan Lorong Perlepasan (LDP) dengan Bantuan Pemandu dan Kawalan Penjaga Lorong (LKC).

image is not available

Walaupun kita dah cukup berhati-hati di jalan raya tapi risiko alami kemalangan tu tetap ada di sekeliling kita. Dengan ciri Kawalan Bantuan Mula-Mendaki (HAC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) yang tersedia, ia dapat mengurangkan risiko sekaligus menyelamatkan nyawa kita bersama keluarga.

image is not available

Kawalan Jelajah Kebolehsesuaian (ACC) dengan Julat Kelajuan Penuh juga tersedia dan ciri ini sangatlah berguna. Bukan setakat jimat minyak, kita juga dapat mengekori kereta di depan dengan jarak selamat yang telah ditetapkan.

image is not available

Menariknya, korang akan rasa mudah je bila nak berhenti atau memulakan perjalanan lagi-lagi dekat traffic light sebab Toyota Veloz ni hadir dengan Brek Parkir Elektronik (EPB) tau.

Korang juga boleh mengesan lokasi MPV ini menerusi rangkaian GPS/GSM dengan ciri Sistem Telematik Kenderaan (VTS) jika kereta hilang, terlupa park dekat mana dan sebagainya nanti. Memang terbaik!

3 mod pemanduan

image is not available

MPV premium ini juga mempunyai 3 pilihan mod pemanduan iaitu ECO, Normal dan juga Power. Feeling santai boleh, feeling ala-ala Fast & Furious pun boleh. Eh? Haha.

9′ Paparan audio sokong Android Auto, Apple CarPlay. Enjoy!

image is not available

Perjalanan juga akan lebih enjoy dan mudah dengan adanya paparan skrin 9 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay secara berwayar ataupun wireless gais. Nak tengok map boleh, nak bagi anak tengok kartun ketika korang berhenti di RnR pun boleh, barulah boleh berehat dengan tenang. Terdapat ciri keselamatan dimana video tidak boleh dimainkan semasa kereta bergerak tau. Nanti kang pemandu pula yang leka tengok. Kah!

Wireless charging

image is not available

Nak caj telefon kena cucuk cable? Lemah! Toyota Veloz ni siap ada pengecas wireless bagi memudahkan pengguna. Nak caj telefon tinggal letak je dekat pengecas wireless (Qi 2.4) yang tersedia di bahagian console tengah tu, Senang gila kan?

Lampu depan LED dengan ciri ‘Follow Me Home’

image is not available

Toyota Veloz ni ada lampu depan LED yang dilengkapi dengan ciri Follow Me Home. Setiap kali keluar dan lock kereta tambah lagi di tempat yang gelap, lampu depan tu akan menyala dalam beberapa saat tau! Tak perlu lagi turun kereta nak buka torchlight dekat phone dah nanti. Kah!

5 pilihan warna elegan

image is not available

Toyota Veloz ini hadir dengan 5 pilihan warna elegan iaitu White (putih), Metallic Bluish Black (hitam), Red Metalic (merah), Silver Metallic (perak) dengan bumbung hitam dan Blue Metallic (biru) dengan bumbung hitam.

Harga tak masuk akal, berbaloi!

image is not available

MPV premium dengan ciri-ciri canggih untuk ‘Happiness Inside Out’ ini ditawarkan hanya satu varian pada harga RM95,000 saja tanpa insurans tau. Pergh! Serius berbaloi dengan harga.

Ini memang MPV segmen-B paling terbaik untuk keluarga dalam kelasnya yang pernah Ohmedia lihat. Patutlah dah lebih dari 8,000 tempahan!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ke Facebook, Instagram ataupun laman web rasmi Toyota Malaysia sekarang ya. Tak salah kalau nak meracun barang baik ni kan?