Serlah potensi diri, raih Biasiswa Siswi Safi bernilai RM1 juta. Khas untuk gadis hebat seperti anda!

LocalBeauty
25 Apr 2025 • 9:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
DARI kiri, Pengarah Jualan Safi, Jessie Wong, Pengurus Besar Penjagaan Kecantikan (Kulit & Kosmetik) Guardian, Tiffany Choo dan Kazlina (kanan) merakam kenangan bersama duta rasmi Safi, Qasrina Karim.

BERITA baik buat para gadis bijak di luar sana! Jika anda seorang pelajar cemerlang yang mempunyai impian besar, inilah peluang untuk kalian bersinar.

Jangan lepaskan tawaran lumayan, Biasiswa Siswi Safi yang kembali lagi pada tahun ini dengan nilai keseluruhan mencecah hingga RM1 juta.

Menariknya, peluang keemasan yang ditawarkan jenama kecantikan halal nombor satu dalam pasaran itu terbuka hanya untuk 25 pemohon bertuah sahaja.

Pakar Jenama & Tinjauan Safi Malaysia, Kazlina Kassim berkata, program tersebut bertujuan untuk membantu wanita muda yang cemerlang dalam pendidikan.

“Biasiswa ini membantu pemohon mendapatkan akses kepada pendidikan tinggi sekali gus menyokong aspirasi akademik dan profesional mereka.

“Pada masa sama, saya berharap usaha ini dapat memberi impak yang besar dan membekalkan sumber yang diperlukan untuk mencapai potensi penuh mereka,” katanya.

image is not available
KAZLINA (kiri) bersama duta rasmi Safi, Qasrina Karim sempena Kempen Jelajah Raya SAFI Serlah Seri Diri yang berlangsung hingga 27 April di IOI City Mall.

Beliau berkata demikian sempena Kempen Jelajah Raya SAFI Serlah Seri Diri yang berlangsung hingga 27 April di IOI City Mall.

Kempen yang menawarkan pengalaman imersif tersebut turut dihadiri duta rasmi jenama Safi iaitu bintang popular, Qasrina Karim dan penyanyi versatil, Siti Nordiana.

image is not available
PENYANYI popular, Siti Nordiana turut menghiburkan tetamu sempena Kempen Jelajah Raya SAFI Serlah Seri Diri yang berlangsung hingga 27 April di IOI City Mall.

Hadir sama, Pengarah Jualan Safi, Jessie Wong dan Pengurus Besar Penjagaan Kecantikan (Kulit & Kosmetik) Guardian, Tiffany Choo.

Ujar Kazlina, Safi percaya kecantikan bukan sekadar luaran semata-mata, tetapi tentang memupuk minda dan semangat wanita.

“Bersama Guardian, kami bersungguh dalam usaha jangka panjang untuk memperkasakan wanita melalui inisiatif bermakna yang melangkaui musim perayaan.

“Sebagai jenama halal yang mementingkan kecantikan beretika, Safi menegakkan nilai penjagaan wajah dan diri yang bebas alkohol, bahan berbahaya dan sumber haiwan,” tambahnya.

image is not available
SI cantik manis, Qasrina Karim dilantik sebagai duta rasmi Safi.

Safi dengan kerjasama Guardian terus mendekati pengguna seluruh negara dengan tawaran inklusif termasuk pakej eksklusif, hadiah istimewa dan inisiatif, selain kempen pemerkasaan.

Pengunjung boleh mencipta pengalaman imersif sambutan raya dengan sentuhan moden dan teknologi sempena Kempen Video Digital Raya Safi menerusi laman web mikro Safi R.AI.

Platform interaktif itu membolehkan pengguna menghasilkan video inovatif antara warisan dan teknologi yang dijana AI untuk mencerminkan aspirasi hidup.

image is not available
QASRINA berkongsi kisah menyentuh hati sempena Kempen Jelajah Raya SAFI Serlah Seri Diri yang berlangsung hingga 27 April di IOI City Mall.

Sementara itu, Qasrina yang membintangi iklan raya Safi bertajuk Serlah Seri Diri Anugerah Dihayati turut berkongsi kisah menyentuh hati.

Beliau akui, intipati kisah inspirasi watak Seri cukup dekat dengan dirinya.

“Video kempen raya itu secara tak langsung serupa dengan kehidupan saya beberapa tahun lepas yang mana famili nak saya buat macam ini macam itu tapi saya ada impian sendiri.

“Boleh dikatakan perjalanan hidup Seri dan Qasrina lebih kurang sama. Sebab itu, kempen video raya itu memberi makna mendalam,” ujarnya tersenyum manis.

image is not available
DUTA rasmi Safi, Qasrina Karim yang juga pelakon dan model diraikan sempena Kempen Jelajah Raya SAFI Serlah Seri Diri yang berlangsung hingga 27 April di IOI City Mall.

Justeru, si cantik manis itu turut menasihatkan para gadis di luar sana supaya jangan terlalu mengikut telunjuk orang sehingga akhirnya memakan diri.

“Nasihat saya mudah saja, anda mempunyai kawalan untuk menentukan hidup sendiri. Jangan paksa diri ikut kehendak orang lain atau laluan yang ditetapkan.

“Kita kena bijak mencari keseimbangan untuk menjadikan hidup ini lebih bermakna dan paling penting, kita gembira dengan pilihan yang dibuat,” pesannya ringkas tetapi bermakna.