Seronok anak ramai tapi biarlah jarak 2 tahun, fikir 6 perkara penting ini sebelum hamil lagi

Family & Parenting
5 Jan 2023 • 8:38 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Seronok anak ramai tapi biarlah jarak 2 tahun, fikir 6 perkara penting ini sebelum hamil lagi

ANAK ramai memang menyeronokkan. Rumah tidak akan sunyi, sentiasa meriah dengan keletah dan ragam permata hati.

Setiap pasangan mempunyai target masing-masing. Ada yang merancang keluarga atas pelbagai faktor. Tidak kurang juga yang mahu keluarga besar kerana percaya jika ALLAH sudah beri, kenapa perlu menolak?

Pada mata kasar, nampak seronok tetapi tahukah anda proses hamil dan bersalin memberikan tekanan kepada kesihatan fizikal serta mental kepada si ibu.

Kesan ini memerlukan masa untuk pulih. Maka bertindaklah dengan merancang jarak kandungan sebaik mungkin.

image is not available
Kredit foto: Pexels

Nak anak ramai tidak salah. Tetapi rancanglah mengikut kesesuaian. Faktor-faktor lain juga perlu difikirkan seperti tahap kesihatan semasa dan umur.

Umur yang lanjut dan penyakit boleh meningkatkan risiko komplikasi.

Kaedah perancang ada banyak. Berbincanglah dengan doktor anda kaedah terbaik untuk anda dan keluarga.

Bawa suami sekali ketika konsultasi supaya boleh berbincang pemilihan kaedah perancang.

image is not available
Kredit foto: Pexels

Perancang keluarga penting agar kehamilan boleh jarak sekurang-kurangnya dua tahun.

Public Health Malaysia menyenaraikan enam perkara yang perlu difikirkan sebelum hamil lagi. iaitu:

1-Kesihatan mental ibu
2-Kesihatan fizikal ibu
3-Memberikan peluang peningkatan kerjaya diri dan keluarga
4-Merancang kewangan keluarga
5-Memberi ruang untuk merancang perkembangan keluarga
6-Memberi fokus, penjagaan, kasih sayang, perhatian yang mencukupi untuk anak yang baru lahir.

image is not available
Kredit foto: Pexels

SinarPlus juga ingin menambah, jarak kehamilan dua tahun memberikan peluang untuk ibu menyusu bayi secara eksklusif selama enam bulan dan meneruskan sehingga dua tahun.

image is not available

KAEDAH MERANCANG KELUARGA

MyHealth menyenaraikan lima kaedah merancang keluarga seperti berikut:

Kaedah semulajadi
-Kaedah masa subur
-Suhu badan asas
-Kaedah cairan dan lendiran faraj
-Kaedah gabungan
-Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan

Kaedah halangan
-Kondom
-Topi serviks
-Diafram

Hormon
-Pil
-Implan
-Suntikan
-Alat dalam rahim

Kaedah kekal
-Mengikat tiub fallopian/peranakan (reversal of tubal ligation)
-Vasektomi iaitu mengikat saluran pembiakan lelaki

Cara merancang keluarga yang bersesuaian akan disarankan berdasarkan umur wanita, taraf kesihatan, keberkesanan dan cara yang disukai individu dan sejarah obstetrik dan ginekologi.

Sumber: Public Health, MyHealth

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.