Seronok Bercinta Di Landasan Kereta Api, Sampai Tak Sedar Hampir Kena Langgar

1 Aug 2024 • 10:24 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini tular, sepasang kekasih hampir dilanggar kereta api kerana terlalu asyik bermadu kasih di landasan tersebut.

Kejadian ini berlaku di jambatan kereta api Cisomang, Kabupaten Purwakarta, di Indonesia pada hari Sabtu lalu.

Melalui video yang dikongsi di Instagram @bandung.banget, terlihat kereta api yang menghampiri pasangan itu, terpaksa membunyikan hon panjang untuk menyedarkan kedua-dua individu tersebut.

Walau bagaimanapun, pasangan itu berjaya menyelamatkan diri selepas mendengar bunyi hon tersebut.

Susulan daripada kejadian berkenaan, Pengurus Operasi Kereta Api Bandung, Ayep Hanapi menasihatkan masyarakat supaya lebih berhati-hati dan tidak melakukan sebarang aktiviti di landasan kereta api.

image is not available

Jap!