
Sebelum ini, usahawan kosmetik Eriyca Baiduri atau lebih mesra digelar Madammu ini sempat tular di media sosial apabila dirinya memuat naik sebuah hantaran yang mengatakan dia telah membeli semua seat di pawagan kerana dirinya yang introvert.
Ada plot twist
Kata Madammu, hantaran tersebut hanyalah gurauan semata-mata dan tiada niat untuk menjadikan pos tersebut viral. Menurutnya, dia tidak membeli kesemua seat itu, disebaliknya pawagan tersebut kosong kerana tiada penonton lain ketika tayangan.
Ada plot twist sebenarnya. Saya dan suami pergi tonton wayang masa cuti sekolah. Masuk saja hall tu kosong tak ada orang.
Jadi saya pun buat kapsyen cakap kami book satu hall. Kapsyen itu saya hanya bergurau sahaja.
Seronok lihat netizen bergaduh
Bukan itu sahaja, usahawan ini turut akui dirinya hanya membiarkan netizen untuk berkelahi di ruangan komen hantaran tersebut kerana dirinya terhibur dengan gelagat orang ramai.
Tiba-tiba saya tengok sudah viral, saya pun biarkan sajalah. Tapi seronok juga lihat mereka ni, kelakar sebenarnya.
View this post on Instagram
Kata Madammu, dia tidak mengambil hati dengan komen-komen yang dilontarkan oleh warganet kepadanya kerana dia menganggap itu semua hanyalah gurauan.
"Ramai Salah Faham Dengan Kenyataan Saya.." - Digelar 'Terpaling Pearl', Madammu Tenang Beri Penjelasan Kepada Netizen
The post “Seronok Lihat Netizen, Kelakar..” – Beli Semua ‘Seat’ Di Pawagam Hanya Gurauan, Madammu Tak Ambil Hati Dikecam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


