Serpihan roket dipercayai milik China ditemukan di Miri dan Kalimantan Barat

2 Aug 2022 • 7:42 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Serpihan dipercayai saki baki roket Long March 5B milik China telah ditemukan di dua lokasi berbeza. Lokasi pertama adalah berhampiran pekan Batu Niah, dekat Miri, Sarawak dan satu lagi dalam wilayah Kalimantan Barat, Indonesia.

Tiada laporan kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini. Namun, penduduk yang berada berhampiran lokasi penemuan diminta untuk berpindah bagi mengelakkan risiko keracunan radioaktif.

image is not available

Untuk insiden di Batu Niah, penemuan dilakukan pada 1 Ogos 2022 pada jam sekitar 5:30 petang, hari selepas rakaman kilauan objek terbakar di langit. Objek yang ditemukan itu terbenam hampir 1 meter ke dalam tanah, menunjukkan terdapatnya impak kuat sewaktu ia menyentuh permukaan tanah.

image is not available

Pihak polis tidak dapat mengesahkan apakah objek yang ditemukan itu, jadi mereka memanggil pastukan Hazmat daripada Jabatan Bomba untuk mengujinya.

Lokasi penemuan kedua adalah di Kalimantan Barat. Objek yang dilaporkan lebih besar daripada yang ada di Batu Niah iaitu yang berkukuran 5 x 2 meter.

China telah dikritik oleh agensi antarabangsa kerana tidak berkongsikan maklumat trajektori kemasukan objek angkasa mereka. Ia menyebabkan pihak berkaitan tidak sempat memberikan amaran kepada kawasan terlibat dan seterusnya merisikokan nyawa dan harta benda.

image is not available

Menurut SCMP, China mengatakan yang komuniti antarabangsa iri hati dengan pencapaian negara itu dan hebahan tentang risiko kecederaan dan kerosakan harta benda adalah isu yang sengaja diperbesar untuk merencatkan pembangunan industri angkasa lepas mereka.