
KUALA LUMPUR, 27 OKTOBER 2023 — Rakyat Malaysia semua, sudah bersedia untuk bermain? Peruncit perkakas rumah kegemaran negara, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.], melancarkan kejohanan permainan pertamanya - 'Bounce & Bingo' hari ini, dan semua orang dijemput untuk mengambil bahagian.
Kejohanan Permainan 'Bounce & Bingo' bertujuan untuk menggalakkan keluarga-keluarga di Malaysia berkumpul dan menikmati kegembiraan bermain permainan yang mudah dan menyeronokkan sambil berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. Kejohanan permainan peringkat kebangsaan ini menawarkan hadiah wang tunai dan pelbagai hadiah lain bernilai sehingga RM25,000 termasuk piala, pingat, wang tunai, dan baucar tunai.
Untuk bermain permainan ini, para pelanggan hanya perlu mengunjungi cawangan-cawangan MR D.I.Y. PLUS berdekatan mereka dan mengikuti langkah-langkah mudah berikut:
- Langkah 1: Bentuk satu pasukan dengan dua orang ahli.
- Langkah 2: Lontarkan bola ping pong secara berturutan
- Langkah 3: Sasarkan ‘Bingo’. Masa akan direkodkan sebaik Bingo terbentuk.
Kejohanan ini terbahagi kepada dua peringkat, Peringkat Satu; 'Kejohanan Peringkat Negeri' adalah untuk mencari 16 pasukan untuk mewakili setiap negeri (13 negeri dan tiga wilayah perseketuan). Permainan yang terbuka kepada semua ini memerlukan para peserta untuk bertanding dalam masa dua hari dari 3 hingga 4 November 2023 di cawangan-cawangan MR. D.I.Y. PLUS di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu dan dari 4 hingga 5 November 2023 di cawangan-cawangan MR. D.I.Y. PLUS di negeri-negeri lain. Peringkat Kedua yang merupakan Peringkat Akhir, akan menyaksikan 16 pasukan pemenang dari setiap negeri bersaing di 'Perlawanan Akhir' bertempat di MR. D.I.Y. PLUS, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur untuk menjadi juara Kejohanan Permainan 'Bounce & Bingo' MR D.I.Y.
Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Group, Alex Goh berkata, "Sebagai peruncit tempatan, kami sentiasa mencari cara untuk menyampaikan nilai dan memenuhi janji 'Always Low Prices’ serta menjadikan setiap kunjungan ke MR. D.I.Y. lebih menyeronokkan buat para pelanggan kami. Salah satu cara kami melakukannya adalah dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang sangat menarik dan menyeronokkan, seperti permainan atau pertandingan, yang boleh disertai oleh setiap lapisan masyarakat. Dan mengapa tidak menjadikan persaingan lebih sengit dengan menganjurkan kejohanan seperti ini?"
Goh berkata kejohanan ini adalah yang pertama bagi peruncit tersebut dan lebih banyak lagi akan diadakan pada masa akan datang. "Permainan 'Bingo & Bounce' mudah dimainkan. Ia memerlukan kerjasama pasukan, kemahiran, dan tentu saja, nasib yang baik untuk menang. Matlamat kami adalah untuk menggembirakan semua orang. Apa yang penting, rakyat Malaysia dapat berseronok dan menghilangkan tekanan," tambah Goh.
Bersempena kejohanan ini, cawangan-cawangan MR D.I.Y. PLUS di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan memberi peluang kepada para pelanggan untuk berlatih sebagai persediaan menyertai kejohanan ini bermula 28 Oktober hingga 2 November 2023 manakala di negeri-negeri lain dari 28 Oktober hingga 3 November, dan ianya terbuka kepada semua.
