Sertai luncur layar, 35 OKU penglihatan dapat pengiktirafan MBOR

18 Sep 2024 • 2:55 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 18 SEPT: Seramai 35 peserta kurang upaya penglihatan menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) selepas menyertai sukan luncur layar (paragliding) di Kuala Kubu Baharu, Ahad lalu.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menerusi Facebook memaklumkan program sempena Hari Malaysia itu dianjur bagi menonjolkan potensi orang kelainan upaya (OKU) dalam sukan ekstrem.

“Sebagai simbolik Hari Malaysia, Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) mengambil peluang menunjukkan potensi komuniti OKU penglihatan dengan terlibat dalam sukan udara ekstrem.

“Ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta atas keberanian dan semangat anda. Ini membuktikan bahawa kekurangan bukanlah penghalang untuk mencapai sesuatu matlamat,” katanya.

Program yang diadakan di KKB Paragliding Park @ Bukit Batu Pahat Kuala Kubu Bharu itu disempurnakan EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari.

Sijil pengiktirafan MBOR diserahkan wakilnya, Christopher Wong kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAB Datuk George Thomas. Hadir sama Yang Dipertua MPHS Julaihah Jamaludin.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved