Sertai majlis munajat 31 Disember, ganti sambutan Tahun Baharu

28 Dec 2023 • 2:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 28 DIS: Orang ramai dipelawa menghadiri Majlis Darul Ehsan Berselawat di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam pada 31 Disember ini.

Majlis munajat, zikir dan berselawat bagi menggantikan sambutan ambang tahun baharu itu diserikan dengan pelbagai program keagamaan seperti Doa Untuk Palestin.

Turut ditampilkan tokoh Islam terkenal seperti Habib Jindan Novel, Habib Ali Zainal Abiin Assegaf dan Habib Nael Ben Taher, yang dijadual memimpin alunan qasidah.

Sebelum ini, pengarah program Darul Ehsan Berselawat Daing Muhammad Reduan berkata kemuncak sambutan ambang tahun baharu 2024 bakal dimeriahkan dengan program Darul Ehsan Berselawat yang memasuki tahun kedua penganjuran.

Majlis yang bermula jam 2 petang itu turut dihiasi dengan reruai pameran oleh pelbagai agensi dan jabatan kerajaan, pertandingan mewarna kanak-kanak serta gerai jualan keusahawanan.

Pengunjung turut diingatkan untuk membawa sejadah dan tikar serta memakai pelitup muka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved