Sertai pertandingan e-sukan di Puchong, hadiah wang tunai menanti juara

12 Aug 2022 • 3:13 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 12 OGOS: Peminat e-sukan dipelawa menyertai pertandingan Mobile Legends yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Puchong Utama Sabtu ini.

Team Selangor memaklumkan kejohanan Piala Parlimen Puchong terbuka kepada 64 pasukan dengan memberi keutamaan kepada warga kawasan berkenaan.

“Kejohanan Mobile Legends Parlimen Puchong 2022 kini bermula. Hadiah terkumpul sebanyak RM3,000 jadi rebutan,” katanya menerusi Facebook.

Tambahnya, pusingan awal pertandingan akan diadakan pada 19 Ogos jam 9 malam secara dalam talian manakala pusingan akhir pada Sabtu jam 8 pagi hingga 4 petang.

Pasukan yang berminat boleh mendaftar di https://bit.ly/HelangEsportDaftar atau mengimbas kod respon pantas yang tertera di poster sebelum 17 Ogos.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved