Sertai pertandingan sketsa perpaduan di jelajah ‘Kitakan Selangor’ Ahad ini

20 Jul 2023 • 9:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

SHAH ALAM, 20 JULAI: Pertandingan sketsa perpaduan dan memasak menu tradisi antara program menarik menanti orang ramai sempena Jelajah Mini Fiesta Integrasi Perpaduan ‘Kitakan Selangor’ 2023 Ahad ini.

Program anjuran Majlis Perpaduan Negeri Selangor (MPIS) di Dewan Sri Putra, Banting bermula 7 pagi sehingga 6 petang turut menyajikan reruai jualan dan pameran daripada agensi kerajaan.

“Aktiviti lain yang bakal menanti pengunjung termasuklah pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan pakaian tradisi pameran kereta dan cabutan bertuah.

“Penyertaan bagi semua acara adalah percuma dan pemenang bakal menerima hadiah wang tunai, piala dan sijil penyertaan,” maklum MPIS di Facebook.

Orang ramai yang ingin menyertai pertandingan boleh mendaftar di pautan https://bit.ly/3ru2zkh atau hubungi 010-5099 116 (Suhana) untuk maklumat lanjut.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved