Seruan ambil bahagian inisiatif ‘Satu Rumah Satu Jalur Gemilang’

LocalPolitics
22 Aug 2024 • 3:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Seluruh masyarakat diseru agar bersama mengambil bahagian dalam inisiatif ‘Satu Rumah Satu Jalur Gemilang’ bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Segama, Datuk Mizma Appehdullah berkata, inisiatif ini memberi peluang kepada kita semua untuk menunjukkan rasa cinta dan penghargaan kepada negara.

Katanya, dengan mengibarkan Jalur Gemilang, kita bukan sahaja memeriahkan suasana Bulan Kebangsaan tetapi juga memperkukuh ikatan sebagai rakyat Malaysia.

“Setiap langkah kecil yang kita ambil untuk menunjukkan rasa cinta kepada negara akan memberikan impak yang besar.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Marilah kita kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga dan bersemangat kerana Malaysia adalah rumah kita dan tugas kita adalah untuk menjaganya dengan penuh rasa cinta dan tanggungjawab,” katanya.

Mizma berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Sabah dan Kempen Kibar Bendera Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah peringkat Lahad Datu.

Dalam ucapannya, Mizma turut menekankan bahawa kedaulatan wilayah akan terus dipertahankan tanpa sebarang kompromi.

Tegasnya, Sabah dan Sarawak akan terus kekal dalam Malaysia dan kerajaan Persekutuan tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak yang cuba mempertikai kedaulatan negara.

Mizma berkata, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara dan agensi penguatkuasaan memikul tanggungjawab bersama untuk terus mempertingkatkan kawalan sempadan negara bagi mengekang sebarang cubaan untuk menceroboh dan mengancam kedaulatan negara.

Ini, katanya, termasuk melaksanakan Ops Benteng dan meningkatkan penguatkuasaan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

“Menerusi penubuhan organisasi ini sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan di Sabah selain melihatkan kerukunan, keamanan serta keharmonian penduduk di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“Esscom merupakan mekanisme penting dalam menerajui jentera hadapan keselamatan di sekitar daerah dan perairan Esszone yang terdedah dengan ancaman jenayah rentas sempadan,” katanya.

Sehubungan itu, Mizma berkata semua pihak perlu bekerjasama menjaga keamanan dan kesejahteraan negara serta mempertahankannya daripada sebarang ancaman.

Dalam pada itu, Mizma turut menyeru agar seluruh masyarakat menyemaikan rasa cinta dan bangga terhadap negara.

Katanya, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bukan sekadar sambutan, sebaliknya ingin mewariskan daripada satu generasi kepada generasi baru tentang rasa cinta dan menyemai rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

“Pelbagai program berbentuk kenegaraan seumpama ini perlu disegarkan untuk membangkitkan kesedaran patriotisme dan mengukuhkan jati diri rakyat khususnya generasi muda seterusnya dijadikan satu budaya.

“Kita wajar menerapkan budaya patriotisme kepada setiap generasi kerana merekalah sandaran pada masa hadapan,” katanya lagi.

Sementara itu, Mizma berkata Kembara Merdeka Jalur Gemilang bukan sekadar acara tahunan, tetapi ia adalah simbol perpaduan, kebanggaan dan kesyukuran sebagai rakyat Malaysia.

“Ia mengingatkan kita akan pengorbanan dan usaha gigih pahlawan negara yang telah berjuang demi kebebasan dan kemakmuran yang sedang kita nikmati pada hari ini,” tambahnya.

Turut hadir Pengarah Penerangan Negeri Sabah, Jainisah Mohd Noor yang juga Ketua Konvoi, Komander Esscom DCP Datuk Victor Sanjos, Pegawai Eksekutif Esscom Datuk Dr Jamaluddin Ali, Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran, Herry Awit dan Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Supian Musa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.