Serumpun dalam Bahasa Tamil, wanita Melayu ini buat ramai terpegun

LocalEntertainment
9 Apr 2025 • 8:56 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Seorang wanita melayu mencuri tumpuan ramai apabila nyanyian lagu Serumpun beliau dalam Bahasa Tamil menjadi tular baru baru ini.

Pemilik akaun TikTok @syiqinzaidi itu menyanyikan lagu Serumpun versi tamil tersebut dalam video berdurasi 29 saat, sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat.

https://www.tiktok.com/@syiqinzaidi/video/7490222739635129608?_r=1&_t=ZS-8vLpuy7FPFM

Wanita berkenaan yang terkenal dengan sesi nyanyian live di TikTok menerima pelbagai komen daripada netizen yang teruja dengan bakat dan usaha yang ditunjukkan.

Rata rata masyarakat India di ruangan komen menghargai kesungguhan wanita berkenaan menyanyikan lagu tersebut walaupun sebutannya tidak berapa jelas.

“Apa yang dia nyanyi tu dah betul dah, cuma sebutan tu tak jelas, kena dengar banyak kali. Anyway well done for your effort sis. Appreciate”, komen seorang wanita India.

Ramai juga yang mengatakan bahawa Bahasa Tamil merupakan bahasa yang sukar tapi wanita tersebut berjaya mencuba dan perkara tersebut harus dihargai.

Rata rata masyarakat India di ruangan komen menghargai kesungguhan wanita berkenaan menyanyikan lagu tersebut walaupun sebutannya tidak berapa jelas.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut berterima kasih kepada kawannya yang berbangsa India kerana telah mengajarnya menyanyikan lagu tersebut dalam versi Tamil.

Lagu Serumpun karya Mimifly mendapat sambutan hangat semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri baru baru ini berikutan lagunya yang membawa mesej perpaduan.