
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, TikToker dan usahawan terkenal, Khairul Aming baru sahaja melancarkan produk terbaharu keluarannya, Rendang Nyet.
Produk yang baru sahaja dikeluarkan pada 8 Ogos lalu nyata mendapat sambutan hangat apatah lagi lima orang pelanggan bertuah berpeluang memenangi giveaway ke New Zealand.
Pelancaran produk ketiga yang dijual pada harga RM17.99 sepeket itu bukan hanya mendapat perhatian malah memecah rekod baharu jualannya mencecah RM1.8 juta hanya dalam masa kurang 2 minit.
Walau bagaimanapun, pelbagai review atau ulasan yang diberi oleh pelanggan sebaik produk itu tiba di tangan mereka.
Pelanggan Bagi Rate 6/10, Akui Sedap Namun Dakwa Bungkusan Bocor
Semalam (12 Ogos), tular di media sosial review jujur seorang pelanggan yang telah berjaya memperolehi Rendang Nyet.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads @fatinnadia_fana, pengguna berkenaan memuji kesedapan rendang tersebut.
Walau bagaimanapun, dia hanya memberi markah 6 daripada 10 kepada produk itu atas sebab tersendiri.
“Rendang Nyet berapi Khairul Aming dah sampai. Review jujur lah eh, ini pendapat masing-masing tau.
“Aku bagi rate 6/10. Mana lagi 4? Untuk rasa rendang tu, tak dinafikan memang sedap, tak kedekut bahan, cukup rasa lah orang cakap,” tulisnya.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah dia mendakwa rendang yang diterimanya bocor hingga menyebabkan minyak keluar daripada bungkusan berkenaan.
Turut Persoal Isi Ayam, Dakwa Hanya Dapat 4 Ketul
Malah, dia turut mempersoalkan kandungan rendang tersebut yang baginya hanya terdapat banyak kuah berbanding isi ayam.
“Yang tak syioknya packaging yang aku dapat, pertama leaking (bocor) ada minyak keluar tak tau dari mana, yang kedua kitanya beli satu paket je awak, isi ayamnya mana?
“Setelah dikacau-kacau adalah jumpa dalam tiga ke empat ketul isi ayam yang kecik-kecik tu. So, packaging (bungkusan) yang aku dapat ni lebih kepada kuah rendang je,” tulisnya lagi.
Khairul Aming Respon Review Customer, Mohon Maaf Atas Kekurangan
Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian ramai termasuklah Khairul Aming sendiri.
Menerusi balasan hantaran tersebut, pemenang Creator of The Year, TikTok Awards pada tahun 2023 telah membalas hantaran tersebut dengan cara yang berhemah dan langsung tidak melatah.
Khairul Aming dalam respon balas dilihat memohon maaf atas kekurangan produk Rendang Nyet itu.
Malah, dia bersedia menggantikannya dengan produk baharu dengan meminta butiran peribadi pelanggan tersebut.
Bukan itu sahaja, dia turut memberi jaminan akan menyemak dan menilai semula kualiti produk terbabit yang melibatkan isi ayam berkenaan.
“Thank you bagi review jujur. Mohon maaf atas kekurangan ni. Boleh dm KA nama, alamat, no phone dan order ID.
“Untuk parcel yang leaking memang kami akan ganti balik 100% sebab customer tak patut dapat yang leaking.
“Untuk isi ayam KA akan check balik batch number (mengikut tracking number nanti) untuk kita cari punca masalah kat bahagian retort filling. Terima kasih,” tulisnya.
Ramai Puji Cara Khairul Aming Tangani Aduan Pelanggan
Perkongsian yang telah mendapat lebih 264,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji cara dan respon Khairul Aming ketika membalas review berkenaan.
Malah, ramai yang menganggap perkhidmatan selepas jualan (after sales) TikToker itu amat baik.
Pada masa yang sama, ada juga yang memuji pengguna berkenaan kerana memberi review jujur agar pempengaruh itu dapat melakukan penambah baikan.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Sebab Ini La Kenapa KA Selalu Disanjung & Disebut Sebab Dia Tak Pernah Melenting, Membidas Segala Komen”

“Terbaik KA! Tak Kisahla Orang Nak Cakap Apa Tentang Produk KA, Saya Selalu Akan Support Sebab Yakin Dengan Kualiti”

“KA Contoh Usahawan Dengan Strong IQ & Yang Paling Strong EQ! Good Job KA!

“Tak Semua Founder Akak Buat Macam Ni, Walaupun Dia Pernah Explain Kenapa Dia Buat Itu Ini”

“Terima Kasih Bagi Review Jujur, Yang Lain Boleh Cuba Rendang Nyet Berapi KA Juga Lepas Ni”

Baca Artikel Berkaitan: Ada Yang Cancel Order, KA Beri Penjelasan Kenapa Tak Umum Nama Pemenang Selepas Seminggu
Baca Artikel Berkaitan: Rendang Nyet Khairul Aming Jadi ‘Buruan’ Sampai Sanggup Battle Di TikTok Shop! [Review]


