Servis Kereta Tak Sama, Ini Perbezaan “Major Service” & “Minor Service” Yang Ramai Salah Faham

Cars
1 Oct 2025 • 4:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Servis Kereta Tak Sama, Ini Perbezaan “Major Service” & “Minor Service” Yang Ramai Salah Faham

Kereta merupakan salah satu kenderaan utama dalam kehidupan masyarakat moden.

Sama ada untuk berulang-alik ke tempat kerja, keluar bersantai bersama keluarga atau mengangkut barang, kereta telah menjadi keperluan penting dalam urusan seharian.

Oleh itu, kereta memang akan digunakan sepenuhnya dan banyak masa dihabiskan di atas jalan. Jadi, pemilik perlu menjaga kereta dengan baik supaya ia boleh terus bergerak tanpa masalah.

Bagi kebanyakan pemilik kereta, servis berkala merupakan satu keperluan penting bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

Namun begitu, masih ramai yang keliru dengan istilah major service dan minor service. Ada yang beranggapan kedua-duanya sama sahaja, malah tidak kurang juga yang hanya membuat servis apabila kereta menunjukkan tanda kerosakan.

Ini perbezaan major service dan minor service

Jadi kali ini, SK akan terangkan dengan lebih jelas perbezaan antara kedua-dua jenis servis ini supaya anda dapat membuat keputusan yang lebih tepat apabila tiba masanya menghantar kereta ke bengkel.

Untuk makluman pembaca, tip berkenaan diambil daripada perkongsian mekanik menerusi TikTok @Altimat Auto Garage.

Apabila berbicara tentang penyelenggaraan kenderaan, istilah major service dan minor service sering kali kedengaran.

Sekilas pandang, kedua-duanya nampak hampir sama kerana melibatkan proses penjagaan dan pemeriksaan kereta. Namun begitu, hakikatnya kedua jenis servis ini mempunyai tahap kerja yang berbeza.

Minor service biasanya merujuk kepada pemeriksaan asas dan rutin seperti menukar minyak enjin, memeriksa tahap air, menukar penapis minyak serta memastikan sistem brek, tayar dan bateri kereta berada dalam keadaan baik.

Major service dan minor service penting untuk kenderaan anda

@Altimat Auto Garage berkata, ia lebih kepada penjagaan berkala yang memastikan kereta terus berfungsi lancar.

Sebaliknya, major service pula melibatkan pemeriksaan yang lebih menyeluruh dan mendalam. Ia bukan sahaja meliputi semua aspek minor service, malah turut merangkumi komponen yang lebih besar seperti servis radiator, mencuci dalaman sistem penghawa dingin dan tali sawat (timing belt).

Di samping itu, ia juga biasanya melibatkan proses menukar minyak gearbox, pemeriksaan sistem penghawa dingin serta penggantian komponen seperti aircond absorber sekiranya diperlukan.

“Kesimpulannya, major service dan minor service memang kelihatan hampir sama, namun kedua-duanya tetap penting untuk dilakukan agar kenderaan sentiasa berada dalam keadaan terbaik,” ujar mekanik itu.

@altimatautogarage

Apa beza minor dan major servis kereta ?! Kereta saga gas aircond kerap habis rupanya ini punca!!! #ALTIMATAUTOGARAGE #Kuang #bengkelkeretasungaibuloh #BengkelBumiputera #bengkelkereta Doakan kami untuk menjadi bengkel kereta terbaik di Kuang dan Sg Sungai Buloh . We will do our best to provide the best car workshop & repair in Kuang and Sg Sungai Buloh | Pakar gearbox Sg Sungai Buloh dan Rawang.

♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage

Sumber: