Servis pakej pelancongan didakwa teruk, Kim Seri akui gagal uruskan perniagaan

LocalEntertainment
20 Nov 2024 • 9:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh dan usahawan kelahiran Malaysia yang kini menetap di Korea Selatan, Kim Seri akui gagal uruskan perniagaannya selepas terima kritikan buruk daripada pelanggan mengenai ejen pelancongan miliknya yang didakwa memberikan perkhidmatan teruk.

Cakna dengan isu tersebut, Kim Seri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umum di laman TikToknya selain mengaku apa yang berlaku adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikatnya.

Kim Seri akui gagal

image is not available

“Saya Kimseri dengan ini mengakui sememangnya ada banyak kelemahan di bahagian pengurusan.

“Setelah menjadi ibu tunggal yang menguruskan segalanya saya agak burn out, kekurangan masa dan terkejar-kejar menguruskan segala-galanya hingga mengabaikan banyak hal.

“Saya akui saya gagal dalam pengurusan syarikat, pengurusan perniagaan dan lain-lain.

“Saya merendahkan diri memohon maaf di atas segala kekurangan dan review yang buruk atas bahagian pengurusan kami,” katanya.

Kim Seri akui gagal

image is not available

Susulan itu, ibu tunggal kepada tiga orang cahaya mata itu meminta ruang dan masa daripada orang ramai untuk memperbaiki pengurusan perniagaannya.

Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kepada semua orang atas nasihat membina yang diberikan bagi membantunya untuk memulihkan semula keadaan.

image is not available

“Saya akan cuba memperbaiki segala kelemahan pengurusan kedai makan, travel, dan segala perniagaan yang berada di bawah saya.

“Berikan saya sedikit masa untuk memulihkan kembali segala kekurangan dan kelemahan tersebut dengan segala kekuatan yang masih bersisa.

“Terima kasih atas segala kritikan membina. Mohon maaf lagi sekali atas kekurangan yang ada,” ujarnya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial segelintir individu yang pernah mengambil pakej travel ke Korea Selatan mendakwa tidak berpuas hati dengan servis syarikat Kim Seri.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @kimseri_eina