SESB bakal pasang meter pintar

LocalTechnology
19 Sep 2024 • 3:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan projek pemasangan meter pintar menerusi dua fasa dalam usaha menaik taraf kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di negeri itu, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yaakob Jaafar.

Beliau berkata projek meter pintar itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan pemasangan fasa satu sebanyak 6,497 unit melibatkan pengguna daripada kategori Pengguna Kuasa Tinggi dan pemegang akaun Feed-i-Tariff (FIT).

“Sebanyak 60 unit akan dipasang dalam tempoh dua bulan percubaan ini menyasarkan pengguna yang telah dipilih untuk memastikan sistem dan operasi pengebilan lancar, manakala baki 6,437 unit akan dilaksanakan sebaik sahaja fasa percubaan mencapai objektif pelaksanaan projek ini,” katanya menerusi kenyataan, Rabu.

Beliau berkata tempoh percubaan selama dua bulan itu akan bermula bulan depan dan projek berkenaan akan dilaksanakan tahun depan dengan menyasarkan pengguna domestik di bandar raya Kota Kinabalu dan Wilayah Persekutuan Labuan selari dengan tema ‘KK Smart City & WP Labuan Smart Island’.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Menerusi penggunaan meter pintar itu, katanya, pengguna dapat merancang jumlah atau had penggunaan elektrik bulanan dan akan menerima notifikasi apabila jumlah bil sasaran bulanan telah mencapai had yang ditetapkan.

“Ciri-ciri baharu ini adalah bertepatan dan bersesuaian dengan usaha SESB mendukung dan merealisasikan hasrat kerajaan memberikan manfaat kepada rakyat dengan memperkasakan bidang ekonomi digital,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.