SESB catat permintaan bekalan paling tinggi

18 May 2023 • 12:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Cuaca panas yang melanda negeri ini sejak April lalu menjadi penyumbang kepada isu bekalan tenaga elektrik terputus apabila SESB terpaksa melakukan catuan bekalan susulan permintaan tenaga meningkat berbanding kadar biasa.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir Idris Mohd Noor berkata, pada April dan Mei tahun ini, SESB merekodkan permintaan bekalan tenaga lebih tinggi dengan peningkatan 1,070 ke 1,080 megawatt.

“Ini merupakan catatan permintaan paling tinggi yang pernah direkodkan SESB. Menerusi analisa, kita percaya salah satu penyumbang kepada permintaan tenaga yang agak tinggi berbanding kadar biasa adalah keadaan cuaca panas pada bulan April dan Mei,” katanya.

Masalah kekurangan kapasiti penjanaan elektrik ini juga menyebabkan purata sebanyak 20 – 30MW tenaga elektrik terpaksa dicatu pada waktu beban puncak yang selalunya bermula dari jam 2 petang sehingga 4 petang dan jam 7 malam sehingga 9 malam.SPONSORED CONTENT Firefly’s inaugural flight to Sandakan SANDAKAN: Firefly, the low-cost carrier subsidiary of Malaysia Airlines; made its inaugural flight from Kota Kinabalu to Sandakan on Tuesday. Read more Menurutnya, jumlah kapasiti penjanaan tenaga yang ada di Sabah adalah sekitar 1070 megawatt dan permintaan itu sekaligus menyebabkan berlaku defisit 10 megawatt.

Bagi memastikan kestabilan grid serta mengelak risiko ‘total black out’, SESB katanya, terpaksa melakukan catuan bekalan pada tempoh minima.

Memburukkan keadaan, katanya, stesen janakuasa hidro Tenom-Pangi yang mampu menjana 60 megawatt masih dalam proses pembaikan menyeluruh susulan kerosakan teruk akibat bencana alam pada 31 Oktober tahun lalu.

“Kita dalam proses membaik pulih stesen tersebut dan jika berjalan lancar, stesen itu boleh beroperasi semula pada Oktober 2023. Itu antara mitigasi yang sedang kita laksanakan untuk menangani isu kekurangan bekalan tenaga di Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, SESB melakukan langkah serta-merta iaitu inisiatif menempatkan 11 unit alat jana kuasa mudah alih di seluruh Sabah, termasuk enam di Tawau bagi menampung keperluan penduduk.

“Dengan kapasiti 11 unit genset (alat jana kuasa) ini, kita mampu meningkatkan lima megawatt tambahan kapasiti kepada penjanaan sedia ada. Minggu hadapan, 15 lagi tambahan genset bergerak akan ditempatkan untuk membantu meningkatkan bekalan tenaga di Sabah sehingga dapat dipulihkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat projek pemasangan alat jana kuasa mudah alih di Stesen Janakuasa Tawau, di sini, pada Rabu yang turut dihadiri Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui dan Adun Sri Tanjong, Justin Wong.

Ir Idris berkata, pihaknya menjangkakan risiko catuan bekalan akan dapat diminimakan menjelang akhir Jun ini sekiranya tempoh pembaikan janakuasa IPP milik swasta dengan kapasiti 50 megawatt adalah mengikut jadual dan mula kembali beroperasi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penempatan genset mudah alih itu dilihat pilihan terbaik sebagai penyelesaian interim untuk menangani isu bekalan tenaga di Sabah sehingga janakuasa baharu yang lebih besar dan stabil siap.

Katanya, SESB juga sedang dalam perancangan untuk membina satu janakuasa interim dengan kapasiti 30 megawatt yang dijangka siap sekitar September depan serta sebuah lagi janakuasa baharu di Sabah yang bakal siap pada 2024.

Mengenai rungutan orang ramai tentang tiada notis penutupan bekalan dikeluarkan SESB, beliau berkata, pihaknya akan berusaha menangani isu tersebut dari semasa ke semasa menerusi pelbagai platform yang ada, termasuk pemakluman di media massa dan laman sesawang SESB sendiri.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.