SESB dekati rakyat menerusi projek CSR

3 Feb 2024 • 3:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan terus bekerjasama dengan kerajaan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat melalui projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Pengerusi SESB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu mempunyai pelbagai inisiatif CSR untuk lebih dekat dengan rakyat.

“SESB komited untuk menyumbang kembali kepada masyarakat melalui pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti CSR, selain daripada tugas utamanya menyediakan bekalan kuasa berkualiti,” katanya pada perasmian Projek Bantuan Mesra Rakyat (BMR) SESB peringkat Tuaran, di Kampung Panjut, di sini, Khamis.