
TAWAU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan projek pengedar tenaga bebas (IPD) khas dengan meter prabayar untuk pembekalan elektrik kepada kawasan penempatan setinggan di daerah ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar, berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa kawasan setinggan yang sesuai untuk projek IPD khas ini, termasuk di Kg Hidayat, Batu 4, Jalan Apas.
“Baru-baru ini, SESB sudah memulakan proses awal tinjauan bagi mendapatkan maklumat dan skop untuk melaksanakan projek ini.
