
Tuaran: Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) baharu, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk memastikan penyerahan lancar firma utiliti itu kepada Kerajaan Negeri.
“Kita mesti melakukan beberapa perubahan kerana dalam tempoh tujuh tahun, Kerajaan Negeri akan mengambil alih SESB,” katanya selepas melancarkan Zon Langadon Taman Peringatan Nirvana Kota Kinabalu, di Telipok, di sini, Sabtu.
“SESB mesti sangat ‘sihat’, dari segi korporat, apabila TNB (Tenaga Nasional Berhad) menyerahkannya kepada Kerajaan Negeri.

