SESB sedia janakuasa bergerak pastikan bekalan stabil

19 Nov 2022 • 12:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberi komitmen untuk memastikan bekalan elektrik di semua pusat penjumlahan undi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan berada dalam keadaan yang stabil dan baik.

Sebanyak 26 janakuasa bergerak dan mudah alih akan disediakan oleh SESB sebagai plan mitigasi untuk memastikan bekalan elektrik yang berterusan.

Kesemua janakuasa bergerak dan mudah alih itu ditempatkan di semua Pusat Penjumlahan Undi.

“SESB mahu memastikan proses pengundian untuk PRU-15 ini berjalan dengan lancar dan tidak ada insiden gangguan bekalan elektrik berlaku yang boleh menjejaskan proses pilihan raya,” Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir Idris Mohd Noor berkata dalam satu kenyataan media Khamis lalu.

Beliau turut memaklumkan bahawa seramai 500 anggota kerja SESB akan bertugas secara bergilir pada hari ini di semua Pusat Pembuangan dan Penjumlahan Undi, selain bersedia di BiliK Gerakan yang sudah diaktifkan di ibupejabat Wisma SESB.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.