SESB sepatutnya tidak tunggu

21 May 2023 • 11:58 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri, Phoong Jiin Zhe berkata Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sepatutnya sudah menjangkakan lebihan beban permintaan elektrik yang menyebabkan gangguan kuasa di beberapa kawasan sejak kebelakangan ini.

SESB mampu bertindak balas secara positif terhadap masalah kekurangan kuasa, katanya, selepas melawat sebuah pusat kawalan SESB.

Phoong berkata beliau mendapat tahu bahawa mereka (SESB) mempunyai cara untuk berbuat demikian. “Saya melihat pusat kawalan itu dapat memantau status bekalan tenaga secara masa nyata, bermakna mereka boleh menjangka jika lebihan beban mungkin berlaku.

SPONSORED CONTENT Firefly’s inaugural flight to Sandakan SANDAKAN: Firefly, the low-cost carrier subsidiary of Malaysia Airlines; made its inaugural flight from Kota Kinabalu to Sandakan on Tuesday. Read more “Jadi kenapa mereka perlu menunggu sehingga tahap kapasiti tenaga maksimum dicapai, bekalan kuasa terputus, dan seluruh bandar mengalami gangguan kuasa?

“Mereka tidak boleh menunggu sehingga ia berada pada kapasiti maksimum sebelum melakukan sesuatu kerana pelepasan beban akan berlaku secara automatik pada masa itu,” kata Phoong.

“SESB sepatutnya melakukan pelepasan beban secara manual dan memastikan tempat penting seperti lapangan terbang tidak terjejas.”

Phoong berkata gangguan elektrik yang kerap berlaku memberikan imej sangat buruk kepada pelancong dan melemahkan keyakinan pelabur.

Beliau turut mempersoalkan kelewatan membaiki kerosakan empangan hidroelektrik Tenom Pangi akibat banjir tahun lalu.

Beliau berkata pembaikan empangan itu yang rosak tahun lepas, akan membantu mengurangkan masalah elektrik ketika ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.