Sesi Akademik Terpaksa Ditamatkan, Anak-Anak Palestin Syahid Di Medan Perang

3 Nov 2023 • 9:56 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Menteri Pendidikan Gaza mengumumkan sesi akademik 2023/2024 terpaksa ditamatkan memandangkan ramai anak-anak Palestin syahid dibunuh oleh tentera zionis sejak 7 Oktober lalu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Telescope Media di laman TikToknya, beliau meluahkan rasa sebak terhadap nasib yang menimpa penduduk Gaza terutamanya kanak-kanak maut akibat serangan dari Israel.

Tindakan kejam itu telah mengorbankan banyak nyawa tidak bersalah sehinggakan mereka tidak dapat meneruskan kehidupan seperti penduduk di negara lain.

Sesi akademik terpaksa ditamatkan

@telescope.group

حاولنا في تلسكوب من خلال هذا الفيديو أن نسلط الضوء على جزء من مأساة كبيرة يعيشها الغزيون منذ 26 يوماً. We, at Telescope, tried through this video to shed the light on a small part of the painful tragedy that Gazans have been going through for the past 26 days.

♬ original sound – Telescope – تلسكوب

Dalam hantaran tersebut, difahamkan lebih 3,457 kanak-kanak menjadi korban syahid dan dalam jumlah tersebut lebih 260 masih tidak dapat dikenal pasti identitinya.

Manakala lebih 6,360 kanak-kanak tercedera dan beribu telah menjadi anak yatim piatu. Apa yang lebih menyedihkan, lebih 1,000 kanak-kanak masih terperangkap dibawah runtuhan bangunan yang tidak dapat dikeluarkan oleh pihak penyelamat.

image is not available

Kerja-kerja pembersihan masih giat dilakukan bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap namun, kebarangkalian masih bernyawa adalah rendah.

Kekejaman Israel yang tidak henti melakukan serangan telah menyebabkan lebih 203 sekolah di Palestin musnah.

image is not available

Netizen sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak terhadap apa yang berlaku terhadap Palestin yang tidak dapat meneruskan kehidupan dengan baik susulan serangan Israel.

image is not available image is not available image is not available image is not availableimage is not available image is not available

Free Palestin!

Bukan itu sahaja, ramai yang menggesa supaya genjatan senjata dilakukan dengan kadar segera memandangkan banyak nyawa sudah terkorban dimana tindakan kejam Israel sudah terang melanggar etika kemanusiaan global.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @Telescope Media Group