“Sesiapa Tinggal Area Rossa, Tolonglah Call JAIS Biar Dia Kena Tangkap” – Rossa Sera Kecewa Kekasih Ada Skandal Lain?

15 Apr 2024 • 3:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum kita menyambut Aidilfitri baru-baru ini, nama bekas isteri Shuk Sahar iaitu Rossa Sera hangat menjadi topik bualan warganet di media sosial.

Ia selepas tular dakwaan bahawa dia menjadi orang ketiga atau penyondol dan bertunang dengan lelaki berstatus suami orang.

image is not available 2 weeks ago

"Kesian Kakak Aku, Naik Turun Mahkamah Sebab Nak Cerai" - Isteri Kepada Lelaki Didakwa 'Disondol' Rossa Sera Sudah Fail Penceraian?

 

Kecewa kekasih ada skandal lain?

Terbaru, tular tangkap layar mesej didakwa oleh Rossa Sera yang meluahkan rasa kecewa lelaki disayanginya dipercayai mempunyai skandal dengan wanita lain.

Menerusi mesej itu, Rossa dikatakan meluahkan perasaan kecewanya itu kepada seorang individu yang tidak didedahkan identiti dan ia telah dikongsi semula oleh seorang pengguna Instagram.

image is not available

 

Pandai pula marah

Tangkap layar itu dimuat naik semula oleh seorang individu menggunakan nama Jannalis4_ di mana dia berkata Rossa kini merasakan apa yang dilalui oleh isteri kepada kekasihnya itu.

Pandai Rossa bila lelaki itu ada betina lain kau marah. Kau tak tahu pula yang kau dah aniaya isteri orang sampai hancur.

Bukan itu sahaja, individu terbabit turut menggesa agar mana-mana individu yang tinggal berdekatan dengan kediaman Rossa untuk membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sesiapa tinggal area tempat Rossa tolonglah telefon JAIS biar dia kena tangkap. Rossa memang suka sondol laki orang.

image is not available