“Sesiapa Wanita-Wanita Dalam Komen I Cakap Sayang Lah” – Syed Saddiq Usik Bella Astillah, Reaksi Cemburu Curi Perhatian

LocalEntertainment
17 Jul 2025 • 3:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan kemesraan yang dipaparkan oleh penyanyi, Bella Astillah dan ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq sering kali menjadi satu konten yang dinanti-nantikan oleh peminat.

Syed Saddiq mengusik Bella raih perhatian

Terbaru di platform TikTok, Bella dan Syed Saddiq dilihat sekali lagi mempromosikan sebuah produk perfume bersama-sama sambil berinteraksi dengan warganet.

YB sayang semua orang, dia YB disayangkan rakyat dia..saya pun rakyat.

Susulan Bella berkata sedemikian, Syed Saddiq mengambil peluang untuk mengusik selebriti tersebut dengan mengatakan dirinya akan menyayangi semua wanita yang meninggalkan komen di dalam live berkenaan.

Selepas ini mana-mana wanita yang komen, saya sayang sebab awak kata mereka semua rakyat. Jadi awak kena terima sahajalah.

Bella ‘cemburu’ dengan wanita lain?

Selepas itu, kelihatan di wajah Bella bahawa dirinya seperti cemburu dan ahli politik itu hanya mentertawakan kejadian tersebut.

Tengok, dah makan diri. Dia yang cakap saya yang kena marah, inilah susahnya jadi lelaki. Habis sahaja live nanti mesti dia akan bercakap.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen ‘berbunga’ melihat momen manja yang dipaparkan oleh kedua-dua individu itu.

image is not available 2025-07-13 10:13:05

"Bakal Tak Ada Syarifah Tapi Ada Dayang.." - UAI Jawab Pertanyaan Syed Saddiq Tentang Perkahwinan 'Syed & Syarifah'

View Original Article