“Sesuai Dengannya..” – Tayang Dada, Imej Seksi Han Sohee Jadi Perhatian

WorldEntertainment
9 Nov 2024 • 11:16 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Han So-hee tak pernah tak cantik!

Kelmarin, pelakon wanita itu telah menghadiri acara Boucheron yang diadakan di AP AGAIN di Seongsu, Seoul.

Sebaik sahaja dia melangkah keluar, Han So-hee kelihatan seperti bidadari dalam busana putih, mengenakan gaun putih panjang yang meleret hingga ke lantai dengan hiasan perincian.

Dengan garis leher yang rendah, menambahkan elemen seksi pada pakaian itu namun ia tetap kelihatan anggun, dihiasi oleh fabrik jarang untuk memberikan perlindungan tanpa menjejaskan imej gaun tersebut.

Rata-rata peminat memang tak tentu arah apabila melihat kecantikan Han So-hee dan memuji lenggok seksinya apabila berpakain sedemikian.

Cantik kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.