“Sesuai Sangat!” – Duduk Bersebelahan, Netizen Gembira Lihat Amelia Henderson Bersama Dengan Anak Datuk K?

LocalEntertainment
16 Aug 2024 • 11:17 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, menantu Datuk K iaitu Tya Ariffin ada memuat naik video di TikTok memaparkan mereka sekeluarga hadir ke konsert Datuk Siti Nurhaliza iaitu ‘Cinta Di Awan’ yang diadakan di Genting Highland.

Usahawan itu memuat naik video berkenaan kerana mahu menunjukkan reaksi anak perempuannya gembira melihat anak Tokti iaitu Aafiyah serta Afwa berada di atas pentas bersama ibu mereka.

Bagaimanapun, terdapat sesetengah netizen yang meneliti hal lain iaitu kelihatan selebriti, Amelia Henderson berada di sisi anak bongsu Datuk K iaitu Aazief.

Rata-rata netizen gembira jika kedua-dua individu itu sedang mengenali hati budi masing-masing kerana sesuai bersama.

image is not available

Lagi menguatkan sangkaan mereka apabila Tya membalas komen emoji berbentuk hati apabila ada netizen yang teruja melihat Amelia duduk bersebelah dengan Aazief.

Namun begitu, sangkaan tersebut masih belum dapat dipastikan dan kedua-dua pihak juga masih berdiam diri.

image is not available 2 months ago

"Orang Perlu Tumbuh Pada Waktunya Sendiri.." - Amelia Henderson Tiada Rancangan Untuk 'Get Back' Bersama Aedy