Set kepala Varjo XR-4 diumumkan dengan pengeluar mengatakan ia mampu menawarkan pengalaman realiti gabungan yang paling realistik di pasaran. Ia dilengkapi dua skrin Mini LED dengan resolusi 3840×3744 pixel, 90Hz dengan sudut pandangan 120 darjah.
Terdapat dua kamera 20MP, sensor LiDAR 0.3MP dan pengesan cahaya di hadapan. Dengan sistem ini, XR-4 boleh menggabungkan objek maya dengan dunia sebenar secara lebih realistik berbanding set kepada XR-3 mereka sebelum ini. Tiga versi ditawarkan oleh Varjo iaitu versi biasa, Focal Edition dan Secure Edition yang lebih mementingkan keselamatan. Versi Secure Edition menyasarkan penggunaan oleh tentera atau agensi keselamatan negara.

Tidak seperti Meta Quest 3 atau Apple Vision Pro, XR-4 tidak dilengkapi sebarang pemproses yang membolehkan ia beroperasi secara kendiri. Sebaliknya ia perlu disambungkan kepada sebuah PC yang berkuasa untuk memaparkan grafik berkualiti tinggi seakan sebuah HTC Vive.

Varjo XR-4 dijual pada harga $3990 (~RM18,632) untuk versi biasa dan meningkat ke $13,900 (~RM64,910) untuk Secure Edition.
- Sumber
- Varjo


