Set lego Pac-Man ini ada gear untuk gerakkan watak utama, imbau nostalgia 80-an

Gaming
22 May 2023 • 6:52 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Lego mengumumkan kerjasama mereka dengan Bandai Namco untuk meraikan ulang tahun ke-43 francais Pac-Man menerusi pelancaran satu set Lego yang unik. Buat peminatnya, anda boleh dapatkan Lego Icons Pac-Man Arcade untuk reinkarnasi semula memori anda terhadap permainan arked 80-an itu.

image is not available

Set ini menampilkan watak Pac-Man yang dikejar hantu Inky, Blinky, Pinky, dan Clyde. Lebih menarik, Lego mengguna pakai sistem aci yang apabila dipusing, akan menggerakkan semua watak-watak dalam permainan Pac-Man. Di bahagian belakang set, ada panel boleh dibuka untuk mendedahkan komponen-komponen gear yang menggerakkan keseluruhan mesin arked itu. Ia seperti gabungan Lego biasa dengan Lego Technic.

image is not available

Terdapat juga miniatur kepada miniatur arked di dalam sebagai tambahan.

image is not available

Set Lego Icons Pac-Man Arcade bukanlah satu-satunya set Lego yang mengguna pakai sistem aci untuk berikan kesan bergerak. Anda boleh temui mekanisme yang sama pada set Lego Nintendo Entertainment System yang dijual pada harga RM1,149.

image is not available

Berbalik kepada Pac-Man, set Lego ini mengandungi 2,650 keping dan akan mula dijual 1 Jun 2023 ini pada harga USD270 (RM1,228).

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

View Original Article