“Set Pinggan Mangkuk Cecah RM25K, Tiada RM50K Sebulan Saya Tak Boleh Jalani Kehidupan Harian” – Iqbal Zulkefli

14 Nov 2023 • 4:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui Instagram Stories bekas peserta Big Stage 2022, Iqbal Zulkefli, dia memaklumkan bahawa duit yang diperlukan untuk setiap bulan adalah RM50,000 dan tidak boleh kurang dari jumlah itu.

Dapat diilihat Iqbal berkongsikan paparan skrin pembayaran bil elektrik rumah yang mencecah RM1,600 sebulan dan turut banak menghabiskan duit membeli susu anaknya.

Basic komitmen saya setiap bulan tidak kurang RM50,000 sejak lima tahun lepas. Tiada RM50,000 sebulan saya tak boleh jalani kehidupan seharian.

Katanya lagi, komitmen tersebut bukanlah sepenuhnya untuk diri sendiri tetapi jumlah tersebut tidak termasuk barang kehendak.

Sebelum ini, netizen pertikai harga barangan perabot rumahnya yang dijual dianggap terlalu mahal biarpun Iqbal sudah menurunkan harga sebanyak mungkin.

Bahkan, ramai beranggapan barang perabot yang dijual oleh Iqbal itu boleh didapat harga yang jauh lebih murah di platform e-dagang, Shopee.

image is not available 4 months ago

Terpukau Tengok Iqbal Sambung Bacaan Ayat Al-Quran, Netizen Kata - "Boleh Pimpin Inspektor Sheila"