
Sudah setahun berkahwin, sudah pasti ramai yang berasa ingin tahu mengenai rupa suami Jang Na-ra kan?
Menerusi entri terbaru di Instagram miliknya, wanita itu secara terangan memuat naik sedikit wajah suaminya meskipun tidak terlalu jelas.
Tulisnya,
Pasangan saya ambil gambar saya.
View this post on Instagram
6 tahun lebih muda dari Jang Na-ra, semestinya ramai yang tertarik melihat pantulan wajah lelaki itu pada cermin di belakang wanita berkenaan.
Bagi yang tidak mengetahui, Jang Na-ra dan pasangannya mengikat tali perkahwinan pada Jun tahun lalu. Berkenalan menerusi penggambaran “VIP” di mana suaminya pada ketika itu bekerja dalam bahagian suntingan video, keduanya menjanjikan kehidupan bersama selepas 2 tahun bercinta.
Dalam pada itu, Jang Na-ra akan bergandingan dengan Son Ho-jun dalam sebuah drama romantik baru iaitu “happy End” tak lama lagi.
Comel lah dorang~
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Setahun Berkahwin, Jang Nara Buat Pertama Kali Muat Naik Foto Suami first appeared on KimchiDaily.my.




