Setahun Berlalu, Song Jihyo Masih Belum Dibayar RM3.3 Juta

Entertainment
1 Aug 2024 • 9:31 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Agaknya bila lah Song Ji-hyo akan mendapat bayaran pampasan atas kesalahan agensi lamanya.

Pelakon itu telah memenangi tuntutan bayaran penyelesaian bernilai 1 bilion won (RM3.3 juta) yang difailkan terhadap bekas agensinya, Uzurocks, pada Disember tahun lalu.

Namun, sehingga kini, Song Ji-hyo masih belum menerima bayaran tersebut dan pihaknya dijangka akan meneruskan prosedur melalui penguatkuasaan hutang.

image is not available

Terdahulu, Song Ji-hyo telah menyampaikan kepada Uzurocks untuk membatalkan kontrak eksklusif pada April tahun lalu kerana tidak menerima bayaran penyelesaian sebanyak 984 juta won (RM3.2 juta) sepanjang mereka bekerjasama.

Dah hutang tu, bayar lah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.