
Tular di media sosial mengenai seorang Tiktokers lelaki yang mempunyai ratusan ribu pengikut berpendapat yang pengajian degree dianggap tidak penting. Dah kenapa?
Kalau korang tengok potongan video dari satu sesi podcast yang dimuat naik di X @maafcakaplah, lelaki tersebut telah menjawab beberapa soalan tapi kenyataan yang dilontarkannya berkaitan pengajian itu teruk dikecam netizen.
Sumpah kalau jumpa depan2 aku bagi kaki.
This is the epitome of stupidity.
Ilmu xde, akhlak pn xde! Dia ingat dia next Elon Musk ke sial?
Aku ckp terus terang ek, siapa2 yg idolakn/sokong budak bangang ni baik muhasabah diri, knp bodoh ko melampaui lembu. https://t.co/xwJLDnv1f5
Katanya degree tidak akan membantunya di masa akan datang kerana tidak berkait dengan ‘goal’ hidupnya. Dia juga siap cakap pihak universiti yang sepatutnya terhutang budi kepada pelajar.
Degree ni tak ada kaitan dengan aku punya goal dalam hidup. Aku taknak kerja dengan orang. Degree ini tak akan membantu aku pun.
Ilmu apa? Degree tu kita beli. Ia memakan kos, ia (menggunakan) duit. Kalau setakat nak dapat ilmu, dekat tempat lain pun ada ilmu.Orang buat degree ni bukan sebab nak ilmu. Dia nak pekerjaan. Degree tu pun kita kena bayar. So UniSZA terhutang budi dengan aku, bukan aku terhutang budi.
Pendapat dan pemikirannya itu telah mengundang kritikan netizen kerana tindakannya itu akan buat remaja dekat luar sana tidak mahu sambung belajar nanti.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: X @maafcakaplah



