“Setakat Ni Anak Eizlan Yusof Paling Comel” – ‘Bitter’ Dengan Bilal, Wanita Teruk Dikecam Netizen

12 Oct 2022 • 1:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak semalam, hangat di media sosial tentang pendedahan muka anak selebriti Neelofa dan Hariz yang dimuat naik oleh seorang individu ketika ternampak pasangan itu di sebuah kaunter kerajaan .

Selepas wajah anaknya tular dan menjadi bualan netizen, Neelofa meluahkan rasa terkilan kerana individu itu seolah-olah tidak menghormati privasinya dan keluarga.

image is not available 23 jam lalu

"Bagilah Saya Yang Tunjuk" - Neelofa Terkilan Netizen 'Tak Sabar' Sebarkan Wajah Bilal

Ramai netizen memberikan respon mereka di media sosial tentang foto Bilal tersebut di mana masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza.

Sesetengah daripada mereka memerli Neelofa yang mahu menyorokkan wajah anaknya namun kini ia sudah tersebar akhirnya.

Namun, ramai juga yang mengkritik tindakan individu terbabit kerana sesuka hati menyebarkan wajah anak orang lain tanpa consent di media sosial.

Seorang wanita bernama ‘Sharifah’ dikritik oleh netizen di aplikasi Twitter selepas dia memuat naik status di Facebook berhubung isu ini.

Malah, dia turut menceritakan tentang wajah anak-anak selebriti lain seperti Shaheizy Sam dan dato Eizlan Yusof dan membandingkan siapa yang lebih comel daripada Bilal.

Perkongsian itu mendapat kecaman ramai yang berpendapat dia ‘bitter’ tidak tentu pasal dan ada yang memerlinya kerana ‘hidup berpaksikan artis’.

Sesetengah netizen berkata bukan hanya Neelofa tetapi mana-mana ibu bapa pun akan marah jika gambar anak mereka dikongsikan sesuka hati tanpa keizinan.

Ada yang turut menceritakan tentang akta berkenaan menyebarkan gambar kanak-kanak atau orang dewasa dan segelintir meluahkan rasa simpati dengan Bilal kerana menjadi mangsa kritikan netizen seawal usia 8 bulan.

image is not available