Setel tawar 3x ganjaran Mesra hingga 14 Julai 2023, ini butirannya

15 Jun 2023 • 11:44 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sehingga 14 Julai 2023 ini, jangan lepaskan peluang untuk rebut promo pengganda 3 mata ganjaran Mesra yang ditawarkan Setel.

image is not available

Anda diberikan 3x mata ganjaran bila anda lakukan transaksi seperti:

  • Bayar menggunakan Setel di Kedai Mesra ataupun mana-mana kedai fizikal yang menyokong Setel.
  • Bayar menggunakan Setel di Kedai PETRONAS atau mana-mana kedai fizikal yang menyokong setel.
  • Beli cukai jalan
  • Beli takaful kenderaan
  • Guna fungsi In-vehicle shopping
  • Bayar servis mengecas EV
  • Mohon bantuan auto bila ada masalah kenderaan
  • Bayar fi tempat letak kereta

image is not available

Daripada senarai ini, anda perhatikan yang mengisi minyak menggunakan Setel tidak termasuk dalam promosi. Jadi, jangan pula anda terkejut sekiranya tidak diberikan mata ganjaran bonus selesai mengisi minyak.

Beberapa info yang perlu anda tahu adalah mata ganjaran Mesra mempunyai tempoh sah selama 3 tahun. Selain itu, tahukah anda yang 1 mata Mesra boleh ditukar kepada kredit tunai bernilai RM0.01? Jadi, sekiranya anda mengumpul mata ganjaran Mesra bonus melalui cara lain, anda boleh beli minyak menggunakannya. Untuk perspektif, RM50 memerlukan 5,000 mata ganjaran.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi promosi.

Bacaan berkaitan

View Original Article