Setelah 24 tahun…ucapan syahdu Nurul Izzah kepada bapa tersayang tarik perhatian warga maya

LocalPolitics
24 Nov 2022 • 3:45 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TEKA-TEKI siapakah Perdana Menteri ke-10 Malaysia terjawab hari ini apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim terpilih setelah beberapa hari rakyat Malaysia menunggu dengan penuh kesabaran.

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pagi tadi.

image is not available

Di sebalik itu semua, ucapan penuh syahdu disulami dengan semangat anak sulung Anwar, Nurul Izzah menarik perhatian warganet.

image is not available

Wanita yang pernah digelar Puteri Reformasi itu menerusi kapsyen dalam Instagramnya antara lain menzahirkan ucapan tahniah.

Beliau antara lain berkata, selepas 24 tahun diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran, bapa beliau akhirnya mendapat pembelaan sewajarnya.

Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan. Ketika kalah kita diduga, ketika menang juga kita diduga.

Namun yang pasti, sejak tahun 1998 sehingga saat ini adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan, menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua,” katanya.

Luah Nurul Izzah lagi, selepas bergelar Perdana Menteri atau dengan lebih tepat selepas upacara angkat sumpah, cabaran Anwar sedia menanti.

Antaranya dalam menyatupadukan rakyat dan pemimpin di negara ini, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu termasuk menarik pelaburan menerusi rangsangan ekonomi dan bakat tempatan.

image is not available

image is not available

Selain itu, Perdana Menteri ke-10 itu juga perlu memainkan peranan dalam membina ummah dan bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.

Pada pengakhiran ucapannya, Nurul Izzah mengucapkan betapa beliau berbangga dan sentiasa mencintai bapanya.

Saya sangat menyayangi anda, Papa. Saya sentiasa berbangga dengan anda, walaupun ketika ada berada di dalam sel penjara sebagai tahanan (suatu masa dulu).

Legasi yang kita tinggalkan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya untuk harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli. Jadikan masa depan, masa kita bersama. Insya-ALLAH,” tuturnya.

 

image is not available

image is not available

Berdasarkan rekod, pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, Nurul Izzah yang mewakili PH tewas kepada calon Perikatan Nasional-PAS, Muhammad Fawwaz Mat Jan dengan majoriti 5,272 undi.

Muhammad Fawwaz memperoleh 37,638 undi sementara Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, mendapat 32,366 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (16,971 undi) dan Mohd Nasir Othman (Pejuang-Putra) meraih 473 undi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah)