Setelah Lama Berjuang, Pesara Sakit Kanser Tular Dijaga Anak Meninggal Dunia

LocalFamily & Parenting
8 Apr 2025 • 9:55 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pesara sakit kanser tular kerana menggajikan anak kandungnya sendiri untuk menjaga beliau yang uzur selain duji penyakit kanser dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya terletak di Bangi, petang tadi.

image is not available

Pesara Sakit Kanser Tular Dijaga Anak Meninggal Dunia

Berita duka itu dikongsikan oleh anak sulungnya, Muhammad Taqiuddin menerusi sebuah hantaran di Facebook.

Menerusi hantaran itu, Muhammad Taqiuddin memaklumkan bapanya, Allahyarham Mohamad Tabarani Selamat, 70, menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 4.10 petang tadi selepas beberapa bulan bertarung dengan penyakit kanser usus dan paru-paru selain masalah kesihatan yang lain sejak Disember lalu.

Kongsinya lagi, urusan jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Teras Jernang, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teras Jernang selepas solat isyak.

image is not available

 

image is not available

Terdahulu, media melaporkan seorang pemuda dikenali Muhammad Ashraaf, 32, sanggup berhenti kerja sebagai pembantu veterinar untuk menjaga ayahnya, Allahyarham Mohamad Tabarani, yang semakin tidak mampu menguruskan diri akibat sakit.

Kisah pengorbanan Ashraaf sebagai penjaga sepenuh masa, yang digaji oleh bapanya, mendapat perhatian ramai selepas dikongsikan oleh abangnya, Muhammad Taqiuddin, di Facebook.

image is not available

Kisah ini mencerminkan kasih sayang yang mendalam antara bapa dan anak.