
Netizen teruja lihat perubahan hotel yang terbengkalai 20 tahun itu
Setelah Sheraton, Netizen Teruja Lihat Perubahan Terkini Roxy Impiana Hotel Di Kuching. Penduduk Kuching dihebohkan dengan khabar berita bahawa Hotel Sheraton yang bertaraf 5 bintang ini bakal dibuka pada bulan depan.
Kini Hotel Impiana yang sedang dalam proses ubah suai ini telah menarik perhatian netizen Kuching.

Ia juga merupakan rooftop skybar yang pertama di Kuching
Bangunan ini dahulunya dikenali sebagai Hotel Impiana dan telah dibiarkan terbengkalai selama 20 tahun. Kini, bangunan ini sedang diubahsuai menjadi hotel dan sky bar pertama di Kuching.
Menurut hantaran di laman Facebook milik akaun John Rantai, Encik Lee Chin Teck, Pengarah Urusan Roxy Group of Hotels periksa kerja-kerja pengubahsuaian hotel secara berkala dan akan mengumumkan pembukaannya tidak lama lagi bersama Rooftop Sky Bar.


Walau bagaimanapun, masih belum dinyatakan tarikh hotel dan Rooftop Skybar ini bakal siap.
Netizen di Kuching yang lihat perkembangan hotel tersebut juga merasa teruja dengan berita pengubahsuaian Hotel Impiana yang lama menjadi Hotel Roxy Impiana. Berita ini telah tular di media sosial dan mendapat perhatian yang besar dari netizen.
Setelah mengambil alih bangunan lama Hotel Impiana, Roxy juga bakal mengubah suai bangunan Singgahsana Lodge ke hotel berkonsepkan moden.


